February 21, 2011

Surat Layang :p

Khairiawani bt Mat Hairi
No.2, Jalan Jambu Merah
4/3A, Seksyen 4
40000 Shah Alam
Selangor.


MBSA
Dewan Serbaguna Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor

Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan

Merujuk perkara di atas, saya Khairiawani bt Mat Hairi ingin meminta kebenaran menggunakan dewan untuk latihan badminton 2 kali seminggu.

2.         Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir penggunaan dewan tersebut :-
Hari : Selasa dan Khamis
Masa : 10.00 – 12.00 malam

3.         Sehubungan dengan itu, saya berjanji akan menjaga kebersihan dan kelengkapan dewan tersebut sepanjang penggunaan saya semasa latihan kelak.

4.         Saya berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi kebenaran kepada pihak saya. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
______________________
(KHAIRIAWANI BT MAT HAIRI)

No comments:

Post a Comment